Jawatan Kosong di Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada 29 April 2019

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Kerja Kosong Terkini di Lembaga Urus Air Selangor Pada April 2019 | Jawatan Kosong Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) April 2019.

Latar Belakang :

Penubuhan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bermula daripada arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang meminta Kementerian Pertanian, seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan satu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara bersepadu dengan mengambil Sungai Selangor sebagai projek perintis dan Sungai “Thames” di United Kingdom sebagai model pelaksana.

Sehubungan dengan itu, penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi kerajaan negeri dan persekutuan telah dibuat bagi memastikan tidak wujud sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melancarkan perjalanan badan ini. Lalu LUAS ditubuhkan melalui kelulusan Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Penubuhan LUAS ini dilengkapi dengan sebuah enakmen iaitu Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999.

LUAS dilancarkan pada 18 September 1999, oleh Menteri Besar Selangor pada ketika itu, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan Bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama. Ir. Hj. Rahmat bin Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang.

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Urus Air Selangor LUAS April 2019 seperti berikut:-

1. Jurutera Gred J41
2. Penolong Pegawai Sains Gred C29
3. Pemandu Kenderaan Gred H11

Tarikh Tutup Permohonan:- Sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari 29 April 2019 (Isnin)
Lokasi : Selangor
Sektor : Swasta

CARA MEMOHON :

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INTEGRITI,
LEMBAGA URUS AIR SELANGOR,
TINGKAT 13, BANGUNAN DARUL EHSAN,
NO. 3, JALAN INDAH, SEKSYEN 14,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U/P ; MOHD TAHIR BIN AB TALIB)

(sila nyatakan nama jawatan yang dipohon pada penjuru sebelah kiri atas sampul surat).

Borang permohonan jawatan kosong boleh dibeli di kaunter LUAS tingkat 13 mulai Isnin 15/04/2019.

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Klik Maklumat Lanjut Iklan Jawatan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *