Jawatan Kosong di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) April 2019

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Kerja Kosong Terkini di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Pada April 2019 | Jawatan Kosong Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) April 2019.

COMPANY OVERVIEW :

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merupakan ibupejabat perkhidmatan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk Negeri Selangor dan dipertanggungjawabkan ke atas perkhidmatan perubatan dan kesihatan di peringkat negeri. JKNS diketuai oleh Pengarah Kesihatan Negeri dan dibantu oleh enam (6) Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri yang mengetuai bahagian masing-masing. Setiap bahagian bertanggungjawab ke atas perjalanan aktivti-aktiviti dalam program masing-masing.

Enam (6) bahagian yang menjadi tonggak penggerak JKNS adalah Bahagian Pengurusan, Bahagian Kesihatan Awam, Bahagian Perubatan,  Bahagian Pergigian, Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan  Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan. Disamping itu, terdapat 32 Pusat Tanggungjawab (PTJ) utama  iaitu dua belas buah (12) hospital, sebelas (11) Pejabat Kesihatan Daerah, sembilan (9) Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah dan dua (2) Pejabat Kesihatan yang berada di bawah tadbiran JKNS.

Manakala Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ialah gerbang laluan kepada pelbagai maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh JKNS menerusi internet. Pembangunan Portal Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dilaksanakan oleh Unit Teknologi  Maklumat di bawah seliaan Bahagian Pengurusan JKNS.

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) April 2019 seperti berikut:-

1. Juruteknik Komputer  (JTK) FT 19 – 2 Kekosongan

Kelayakan:

o Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau

o Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

o Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Tarikh Tutup Permohonan:- 30 April 2019 (Selasa)
Lokasi : Selangor
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :

*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *