Jawatan Kosong Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA pada 20 Mac 2019

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Jawatan kosong terkini di GIATMARA Sendirian Berhad Mac 2019. GIAT MARA Sendirian Berhad, anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan sebuah institusi latihan yang menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia didalam dan luar bandar, mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berpengalaman dan proaktif bagi mengisi jawatan seperti berikut:

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di TULIS Mac 2019 seperti berikut:-

1. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF GIATMARA

DESKRIPSI TUGAS

Jawatan ini merupakan jawatan utama dan pegawai adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelan strategik, integriti organisasi, pengurusan risiko dan melaksanakan polisi syarikat serta mempunyai peranan yang besar terhadap perjalanan keseluruhan dan kejayaan organisasi.

KELAYAKAN & PENGALAMAN

a) Warganegara Malaysia.

b) Berumur kurang dari 57 tahun pada tarikh tutup permohonan.

c) Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf atau kelayakan yang setara dengannya. Pengalaman bekerja melebihi 9 tahun dalam bidang pengurusan serta mempunyai latarbelakang dalam bidang Business/Marketing/Finance/Accounting atau berkaitan. (keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan pendidikan teknikal).

d) Mempunyai prestasi cemerlang, tidak pernah dikenakan sebarang tindakan tatatertib, memiliki sifat-sifat kepimpinan yang dinamik, berwawasan dan berkemahiran tinggi dalam bidang latihan dan kemahiran serta mempunyai pengalaman yang luas dalam hubungan industri. Berkebolehan untuk mengurus hal-hal pentadbiran, kewangan, sumber manusia dan aset bagi mencapai objektif syarikat.

e) Calon yang mempunyai business networking yang baik, daya pemikiran yang strategik, nilai integriti yang tinggi, kemahiran komunikasi yang baik, nilai kepimpinan, keupayaan membuat keputusan, proaktif dan mempunyai ciri-ciri keusahawanan digalakkan memohon.

TERMA & SYARAT JAWATAN

Jawatan ini berstatus kontrak. Gaji, elaun dan lain-lain terma dan syarat jawatan adalah tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat.

Tarikh Tutup Permohonan:- 20 MAC 2019
Lokasi : KUALA LUMPUR
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :

Bagi calon yang memenuhi syarat-syarat berkenaan, sila kemukakan resume/Curriculum Vitae (CV) yang lengkap mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja, gaji dipohon dan sekeping gambar bersaiz passport

kepada :

PENGARAH
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Ibu Pejabat GIATMARA
No. 39 & 41, Wisma GIATMARA
Jalan Medan Tuanku
50300 Kuala Lumpur

Tel : 03 2691 2690 samb. 310 / 309 / 338

Email : unitkompetensidanpenggajian@giatmara.edu.my

Tarikh Tutup Permohonan : 20 Mac 2019

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *