Jawatan Kosong di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) pada 1 Mac 2019

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Kerja Kosong Terkini di MBOT – Malaysia Board Of Technologists Pada Mac 2019 | Jawatan Kosong Lembaga Teknologis Malaysia Mac 2019.

Sejarah MBOT :

Selaras dengan usaha untuk memantapkan fungsi dan peranannya selaku peneraju agenda STI negara, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah membentangkan Rang Undang-Undang Teknologis dan Juruteknik 2014 dan dipersetujui di Dewan Rakyat pada 2 April 2015 lalu. Rang Undang-undang ini akan dibentangkan semula di Dewan Negara dalam tempoh terdekat sebelum diluluskan menjadi Akta Teknologis dan Juruteknik 2014 yang akan memberi laluan kepada penubuhan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Penubuhan MBOT akan memberi pengiktirafan kepada kerjaya teknologis dan memperkasa pendidikan teknik dan latihan vokasional (TEVT).

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Mac 2019 seperti berikut:-

1. Pembantu Operasi N11

Syarat-Syarat Lantikan:

(i) Warganegara Malaysia;

(ii) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi umur 56 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(iii) Kelayakan masuk:

(a) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau

(b) Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,262.15);

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/ Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan

(d) Keutamaan kepada calon yang memiliki kenderaan ke tempat kerja dan mahir dengan jalan-jalan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya.

(e) Calon yang mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan akan diberi keutamaan untuk dipanggil dalam sesi temuduga.

Tarikh Tutup Permohonan:- 01 Mac 2019 (Jumaat)
Lokasi : Putrajaya
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *