Jawatan Kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Februari 2019 [1,525 Kekosongan]

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Kerja Kosong Terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pada Februari 2019 | Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia Februari 2019.

Sejarah KKM :

Sejarah perkhidmatan kesihatan di negara ini bermula sejak sebelum merdeka lagi. Pembinaan hospital ketika itu adalah untuk merawat pekerja-pekerja dalam industri perlombongan bijih timah. Setiap pekerja lombong harus membayar 50 sen setahun untuk mendapatkan rawatan. Oleh kerana industri perlombongan bijih timah berkembang pesat di Perak, pada akhir abad ke-19 maka negeri ini mempunyai paling banyak hospital iaitu 15 buah. Hospital-hospital tersebut ialah Hospital Taiping, Teluk Intan, Tapah, Sg. Siput, Slim River, Sri Manjung, Selama, Parit Buntar, Kuala Kangsar, Kampar, Ipoh, Grik, Changkat Melintang, Batu Gajah dan Tanjung Rambutan.

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Februari 2019 seperti berikut:-

1. LATIHAN SEPARA PERUBATAN

– Jumlah kekosongan bertaraf Sijil : 126 Kekosongan
– Jumlah Kekosongan Latihan bertaraf Diploma : 1,399 Kekosongan

Kelayakan : SPM/ SPM (V)
Tarikh tutup permohonan pada 06 Februari 2019
Sektor : Kerajaan
Lokasi : Pelbagai Negeri

CARA MEMOHON :

Individu yang berminat dan berkelayakan bolehlah membuat permohonan pada laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA8i) diĀ www.spa.gov.my, bagi calon-calon yang telah mendaftar dan telah membuat permohonan bagi jawatan yang diiklankan tidak perlu mendaftar semula. Namun demikian sila pastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku iaitu dalam tempoh setahun daripada tarikh mendaftar (masih aktif).

Syarat dan kelayakan memohon Latihan Separa Perubatan disini

Permohonan secara online disini

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *