Jawatan Kosong di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Februari 2019

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Kerja Kosong Terkini di Amanah Ikhtiar Malaysia Pada Februari 2019 | Jawatan Kosong Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Februari 2019.

COMPANY OVERVIEW :

Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan amanah persendirian di Malaysia yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 pindaan 1981 (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan dibiayai oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik.

Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran pembiayaan ikhtiar kepada penduduk miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan kecil-kecilan yang menambahkan pendapatan.

Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen di Bangladesh. Kejayaan bank ini mendorong penubuhan Projek Ikhtiar oleh Prof. David Gibbons dan Prof. Madya Sukor Kasim dari USM pada 1986, yang akhirnya berkembang menjadi AIM.

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di AIM – Amanah Ikhtiar Malaysia Februari 2019 seperti berikut:-

1. Pengurus (Pejabat Pengarah Urusan)

Kelayakan:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Berpengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pentadbiran adalah satu kelebihan;
  • Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
  • Mahir menggunakan Microsoft Office terutama Microsoft PowerPoint;
  • Mempunyai perwatakan dan sahsiah diri yang baik;
  • Boleh bekerja lebih masa, bekerja berseorangan dan mempunyai ketahanan diri menghadapi cabaran;

Skop Kerja:

  • Membantu Pengarah Urusan dalam menyelaras program-program AIM diperingkat Ibu Pejabat, Zon, Wilayah dan Cawangan;
  • Menyelaras Jadual Kerja Pengarah Urusan;
  • Menyemak dan mengeluarkan surat-surat atas arahan Pengarah Urusan;
  • Menyediakan bahan-bahan bantuan/rujukan dalam mengendali program dan mesyuarat kepada Pengarah Urusan;
  • Menjadi liaison officer di antara pihak Pengurusan;
  • Melaksanakan tugasan-tugasan lain seperti yang diarahkan oleh Pengarah Urusan dari semasa ke semasa;

Tarikh Tutup Permohonan:- 16 Februari 2019
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Swasta

CARA MEMOHON :

Klik Iklan Lengkap & Cara Memohon

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *