Ujian Lasak Terbuka di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 22 & 23 Januari 2019

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Kerja Kosong Terkini di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Pada Januari 2019 | Jawatan Kosong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Januari 2019.

COMPANY OVERVIEW :

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah satu-satunya pihak berkuasa tempatan di Malaysia yang mentadbir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Agensi ini adalah di bawah Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia. DBKL bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar. Kuasa eksekutif datangnya dari datuk bandar di dalam dewan bandaraya, yang mana ia dilantik setiap tiga tahun oleh Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia semenjak pilihan raya perbandaran digantung dalam tahun 1970.

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Januari 2019 seperti berikut:-

  • 1. PEGAWAI PENGUAT KUASA KP41
  • 2. PEGAWAI KESELAMATAN KP41
  • 3. PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP29
  • 4. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN KP29
Ujian Lasak terbuka akan diadakan pada tarikh seperti berikut:-

TARIKH:
22 JANUARI 2019 (SELASA)

5. PEMBANTU PENGUAT KUASA KP19

Ujian Lasak terbuka akan diadakan pada tarikh seperti berikut:-

TARIKH:
23 JANUARI 2019 (RABU)

Ujian Lasak terbuka kedua-dua tarikh di atas akan diadakan di tempat seperti berikut:-

TEMPAT:
STADIUM TITIWANGSA
TAMAN TASIK TITIWANGSA
JALAN TEMBELING
53200 KUALA LUMPUR

MASA PENDAFTARAN:
8.30 PAGI – 10.30 PAGI


Umur

1. Pegawai Penguat Kuasa Gred KP41 (Kontrak/Tetap)
2. Pegawai Keselamatan Gred KP41 (Kontrak/Tetap)
Calon-calon hendaklah berumur 25 tahun hingga 30 tahun pada tarikh ujian lasak diadakan

3. Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP29 (Kontrak/Tetap)
4. Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 (Kontrak/Tetap)
Calon-calon hendaklah berumur 23 tahun hingga 27 tahun pada tarikh ujian lasak diadakan

5. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19 (Kontrak/Tetap)
Calon-calon hendaklah berumur 22 tahun hingga 24 tahun pada tarikh ujian lasak diadakan.

Syarat Pelantikan

(i) Calon-calon dikehendaki melayari portal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (www.dbkl.gov.my) untuk menyemak kelayakan dan melihat keseluruhan iklan bagi jawatan di atas.

Sila Bawa Dokumen Berikut Semasa Ujian Lasak Terbuka

– KAD PENGENALAN (ASAL);
– SIJIL KELAHIRAN (ASAL), JIKA ADA;
– SIJIL SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI, DIPLOMA, IJAZAH (ASAL);
*SLIP KEPUTUSAN SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI, DIPLOMA, IJAZAH TIDAK DITERIMA;
– TRANSKIP AKADEMIK (ASAL);
– SEKEPING GAMBAR TERBARU BERUKURAN PASPORT;
– LESEN MEMANDU / LESEN TEMPOH PERCUBAAN (P) (ASAL) YANG MASIH SAH DAN DIKELUARKAN OLEH JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ);
– SALINAN SIJIL SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI, DIPLOMA, IJAZAH DAN SIJIL-SIJIL PERSEKOLAHAN BERKAITAN;

Tarikh Tutup Permohonan:- 22 & 23 Januari 2019
Lokasi : Kuala Lumpur
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :

CALON-CALON YANG MEMPUNYAI DIPLOMA, IJAZAH DARI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA DAN LUAR NEGARA DIKEHENDAKI MENYEMAK PENGIKTIRAFAN MQA DI LAMAN WEB https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.phpATAU http://www2.mqa.gov.my/mqr/

CALON-CALON YANG MEMPUNYAI DIPLOMA, IJAZAH, DARI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA DAN LUAR NEGARA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA SALINAN PENGIKTIRAFAN MQA PADA HARI UJIAN LASAK DIADAKAN.

SALINAN SIJIL SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI, DIPLOMA, IJAZAH, LESEN MEMANDU DAN SEMUA DOKUMEN DI ATAS WAJIB DISAHKAN.

CALON DIKEHENDAKI BERPAKAIAN T-SHIRT WARNA PUTIH, SELUAR PANJANG SUKAN (TRACK BOTTOM) DAN KASUT SUKAN.

KEGAGALAN CALON MENYEDIAKAN DOKUMEN YANG DINYATAKAN DI ATAS BOLEH MENGAKIBATKAN CALON TIDAK DIBENARKAN UNTUK MENJALANI UJIAN LASAK TERBUKA INI.

HANYA CALON-CALON YANG BERJAYA MELEPASI SEMUA PERINGKATUJIAN LASAK SAHAJA AKAN DIPANGGIL KE PERINGKAT SETERUSNYA.

Kegagalan calon menyediakan dokumen yang dinyatakan di atas boleh mengakibatkan calon tidak dibenarkan untuk menjalani ujian lasak terbuka ini.

* Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-26179609/9608/9613/9604
*Sila baca syarat kelayakan dan maklumat lain sebelum memohon melalui link di bawah

Klik Untuk Baca Iklan Lengkap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *