Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) Januari 2019

Kongsikan Kerja Kosong Ini Kepada Rakan Anda!

Kerja Kosong Terkini di MPB – Majlis Perbandaran Bentong Pada Januari 2019 | Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Bentong Januari 2019.

COMPANY OVERVIEW :

Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5hb. Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1hb. Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong berserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain iaitu Majlis Bandaran Bentong, Majlis Tempatan Karak, Majlis Tempatan Sg. Dua, Majlis Tempatan Telemong , Majlis Tempatan Manchis, Majlis Tempatan, Bukit Tinggi, Kampung Shafie, Kampung Simpang Pelangai, Kampung Baru Sg. Gapoi, Kampung Jambu Rias, Kampung Benus, Genting Sempah, Kampung Janda Baik, Kampung Baru Sg. Penjuring.

JOB DESCRIPTION :

Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Perbandaran Bentong (MPB) Januari 2019 seperti berikut:-

1. PEGAWAI TADBIR, GRED N41/N44 – Kekosongan

2.PENOLONG PENGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U36 – Kekosongan

3.PENOLONG PENGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U32 – Kekosongan

4.PENOLONG PEGAWAI TADBIR, GRED N29/N32 – Kekosongan

5.PENOLONG PERANCANG BANDAR DAN DESA, GRED JA29/JA36 – Kekosongan

6.PENOLONG JURUTERA, GRED JA29/JA36 – Kekosongan

7. PENOLONG PENGAWAI SENIBINA GRED JA29 /JA36 – Kekosongan

8.PENOLONG PENGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT ,GRED FA29/FA32 – Kekosongan

9. PENOLONG PENGAWAI PENILIAN , GRED W29/W32 – Kekosongan

10. PEMBANTU AKUANTAN , GRED W22 – Kekosongan

11. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N22 – Kekosongan

Tarikh Tutup Permohonan:- Januari 2019 (Isnin)
Lokasi : Pahang
Sektor : Kerajaan

CARA MEMOHON :

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Perbandaran Bentong dengan bayaran RM2.00 yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan, Pejabat Majlis Perbandaran Bentong, Jalan Ketari, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur atau dengan melayari laman web Majlis Perbandaran Bentong di www.mpbentong.gov.my

Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan (fotostat) sijil kelahiran, sijil persekolahan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan gambar asal berukuran 5 x 4 sm. Borang permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.

Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Perenggan 18.

Semua permohonan hendaklah di alamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Bentong,
Jalan Ketari,
28700 Bentong,
PAHANG DARUL MAKMUR

*Sila baca arahan lengkap iklan kekosongan jawatan ini melalui link yang admin sediakan di bawah sebelum membuat permohonan.

Klik Muatturun Iklan Jawatan

Klik Muatturun Borang Permohonan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *